Skip to main content

Tenis

Terbuka Serbia: Djokovic tewaskan Djere untuk ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

novak-djokovic.jpg
Novak Djokovic mara ke suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka Serbia dengan menewaskan Laslo Djere 2-6, 7-6, 7-6 di Belgrade awal pagi tadi.

Pemain nombor satu dunia itu berdepan risiko untuk gagal dalam tiga Kejohanan Jelajah ATP berturut-turut buat kali pertama dalam tempoh lebih empat tahun selepas tewas set pertama kepada rakan senegaranya itu di depan penyokong sendiri.

Pemenang 20 kali kejohanan grand slam itu hanya dibezakan dua mata dengan kekalahan dalam 'tie break' set kedua tetapi berhasil mengheret pemainan ke set penentuan dengan menyudahkan mata akhir keenamnya.

Djokovic memerlukan satu lagi 'tie break' untuk mengesahkan kemenangannya dalam set ketiga, di mana Djere menerima padah daripada siri kesilapan yang dilakukannya, sekali gus terlepas peluang untuk mencipta kejutan terbesar dalam kejohanan itu.
 

Advertisement

Must Watch Video