Skip to main content

Sukan Lain

Terbuka Selangor: Hasli rangkul emas 25m rapid fire pistol

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hazli25118.jpg
Hasli Izwan Amir Hasan mengungguli saingan 25m rapid fire pistol dengan catatan 29 mata di pentas akhir Kejohanan Menembak Terbuka Selangor di Lapang Sasar Subang, hari ini.

Atlet negara dari Perak itu diberi cabaran sengit wakil Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd Ridhuan Mohamed (26 mata) yang meraih perak manakala Hafiz Adzha (22 mata) dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperoleh gangsa.

Bagi Hasli, dia kekal fokus kerana mahu mengesahkan tempatnya ke Sukan Komanwel Gold Coast dan Sukan Asia Indonesia tahun ini.

"Sekarang ini, saya fokus untuk ke Gold Coast. Walaupun nama rasmi tidak keluar lagi, saya mengharapkan dapat pergi untuk menebus prestasi di Glasgow di mana saya tidak menang sebarang pingat," katanya.

Sementara itu, wakil ATM, Nur Suryani Mohd Taibi, terus mempamer aksi terbaik apabila meraih emas acara 50m rifle 3 posisi dengan 446 mata.

Dia menewaskan pesaing rapat yang juga rakan sepasukan, Haslisa Hamed (440.2 mata), dan gangsa milik Nur Afifah Tarmizy ( 426 mata) dari Pahang.

Advertisement

Must Watch Video