Skip to main content

Tenis

Terbuka Rotterdam: Tsitsipas buat perhitungan akhir dengan Auger-Aliassime

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rotterdam.jpg
Stefanos Tsitsipas akan bertemu Felix Auger-Aliassime dalam final Kejohanan Tenis Terbuka Rotterdam selepas kedua-dua pemain itu mengatasi saingan sengit lawan masing-masing awal pagi tadi.

Pilihan utama, Tsitsipas, menghadapi cabaran luar biasa daripada pemain  Republik Czech berusia 20 tahun, Jiri Lahecka, yang menyertai kejohanan itu melalui pusingan kelayakan.

Pemain nombor empat dunia itu terpaksa bangkit daripada kekalahan dalam set pertama sebelum menang 4-6, 6-4, 6-2.

Tsitsipas tidak pernah menjuarai sebarang kejohanan Jelajah ATP 500 dan ini merupakan peluang terbaiknnya untuk menamatkan penantian itu seandainya dapat menewaskan Auger-Aliassime.

Auger-Aliassime -- pemain nombor sembilan dunia berusia 21 tahun -- menewaskan juara bertahan, Andrey Rublev, 6-7, 6-4, 6-2 untuk memburu gelaran pertama sepanjang kariernya selepas tewas kepad Gael Monfils dalam final kejohanan sama pada 2020.
 

Advertisement

Must Watch Video