Juara bertahan Terbuka Rotterdam, Andrey Rublev, dan pemain nombor empat dunia, Stefanos Tsitsipas, melepasi ujian pembukaan mereka tetapi Denis Shapovalov tidak akan berada dalam pusingan kedua.
Rublev menewaskan Henri Laaksonen 6-4 6-sementara pilihan utama, Tsitsipas, perlu mengerahkan keringat sebelum mengetepikan Alejandro Davidovich Fokina 7-5, 6-7 (1-7), 6-4 selepas 2 jam 39 minit di gelanggang.
Selepas kemenangannya itu, Tsitsipas menghamburkan pujian kepada lawannya itu dengan berkata: "Ia adalah pertarungan yang hebat; dia menjelmakan permainan terbaiknya.
"Dia sangat bersemangat hari ini dan memberikan yang terbaik dalam setiap pukulan. Dia membuat pukulan deras ke belakang garisan. Dia salah seorang pemain muda terbaik yang pernah saya hadapi."
Bagaimanapun, pemain nombor 12 dunia, Shapovalov, tidak bernasib baik apabila tewas mengejut kepada pemain kelayakan daripada Republik Czech, Jiri Lehecka, 4-6, 4-6.

That was quite the show! ?@steftsitsipas has navigated his way into the second round of the #abnamrowtt, after a bumpy road.
— ABN AMRO WTT (@abnamrowtt) February 8, 2022
In a 2h39m struggle, the top seed beats an inspired Davidovich Fokina 7-5 6-7(1) 6-4. pic.twitter.com/R9Rnd7Al0P