Skip to main content

Tenis

Terbuka Rotterdam: Auger-Aliassime tamatkan penantian gelaran pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

auger-aliassime.jpg
Felix Auger-Aliassime akhirnya memenangi gelaran Jelajah ATP pertamanya selepas menewaskan Stefanos Tsitsipas dalam final Kejohanan Tenis Terbuka Rotterdam awal pagi tadi.

Pemain Kanada itu sebelum ini tewas kesemua lapan aksi finalnya, bahkan tidak pernah memenangi sebarang set dalam perlawanan-perlawanan itu tetapi kali ini, dia akhirnya menemui formula kemenangan untuk mengatasi Tsitsipas 6-4, 6-2.

Auger-Aliassime mempamerkan permulaan baik, di mana dia menewaskan Tsitsipas dalam game pertama dan sejak itu, dia tidak lagi menoleh ke belakang.

Pemain berusia 21 tahun itu mempamerkan permainan agresif dan memastikan Tsitsipas sentiasa ketinggalan sepanjang penentuan berkenaan dan semakin yakin selepas memenangi set pertama.

Dia mendahului 5-1 dalam set kedua dan tidak menunjukkan petanda gugup untuk mengelakkan sebarang mata break dan seterusnya memenangi perhitungan itu.
 

Advertisement

Must Watch Video