WTA
Terbuka Qatar: Kvitova, Azarenka tarik diri kerana kecederaan
Juara bertahan, Petra Kvitova, dan bekas pemain nombor satu dunia, Victoria Azarenka, terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Tenis Terbuka Wanita Qatar gara-gara kecederaan awal pagi tadi.
Kvitova -- yang menjuarai edisi 2018 dan 2021 dengan menewaskan Garbine Muguruza dalam kedua-dua aksi final berkenaan -- tidak dapat meneruskan pertarungannya dengan Elise Mertens sebelum menciap memaklumkan bahawa dia mengalami kesakitan di pergelangan tangan kirinya dalam set kedua.
Dengan kemenangan itu, Mertens akan berdepan juara Kejohanan WTA ST Petersburg, Anett Kontaveit, dalam pusingan 16.
Dalam pada itu, Azarenka turut berdepan nasib sama dengan Kvitova, di mana dia mengumumkan penarikan dirinya kerana mengalami kesakitan di pinggul kirinya sebelum bertemu pemain Amerika Syarikat, Madison Brengle.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.