Dua daripada tiga pemain pilihan Kejohanan Tenis Terbuka Qatar, Barbora Krejcikova dan Paula Badosa, tersingkir dalam pusingan 16 tetapi pilihan utama, Aryna Sabalenka, tidak berdepan masalah untuk ke suku akhir bersama Coco Gauff.
Aksi awal pagi tadi menyaksikan Sabalenka mudah mengatasi Jil Teichmann 6-2, 6-1 di Doha dengan memenangi 70 peratus matanya daripada servis kedua dan amat jarang memberikan lawan dari Switzerland berkenaan ruang untuk bernafas sepanjang pertarungan selama lebih sejam itu.
Jaguh Belarus itu kini akan menghadapi Iga Swiatek dalam suku akhir selepas pemain pilihan ketujuh berkenaan menewaskan Daria Kasatkina 6-3, 6-0.
Pemain pilihan kedua, Krejcikova, pula tewas kepada juara terbuka Dubai minggu lalu, Jelena Ostapenko, 3-6, 2-6. Pemain Republik Czech itu bergelut sepanjang perlawanan di mana dia merekodkan tujuh 'double fault'.
Pemain nombor empat dunia, Badosa, turut berdepan nasib sama apabila tewas 2-6, 3-6 kepada pemain berusia 17 tahun, Gauff, yang meraih 77.1 peratus daripada mata keseluruhannya menerusi servis pertama.
Badosa menjadi mangsa terbaru daripada kelompok ranking atasan yang ditewaskan Gauff selepas Naomi Osaka -- yang ketika itu juga berada di ranking keempat dunia -- turut tewas kepada bintang muda Amerika Syarikat itu dalam Terbuka Australia 2020.
Gaiff akan berdepan Maria Sakkari dalam suku akhir selepas pemain Greek itu menewaskan seorang lagi wakil Amerika Syarikat, Jessica Pegula.

4 - Excluding matches won by retirement, Cori #Gauff has won against the joint-highest ranked opponent in her career (#4) - Naomi Osaka at the Australian Open 2020 and Aryna Sabalenka in Rome last year were also #4. Climb.#QatarTotalEnergiesOpen pic.twitter.com/EVDISeHqNw
— OptaAce (@OptaAce) February 23, 2022