Dan Evans dan Karen Kachanov mempamerkan permulaan kukuh dalam Kejohanan Tenis Terbuka Qatar awal pagi tadi sambil pemain pilihan utama, Denis Shapovalov, sudah mengetahui siapa yang akan dihadapinya sebagai lawan pertama.
Selepas beraksi selama satu setengah jam, pemain piliham kelima, Evans, mengesahkan kemenangan 6-4, 6-4 ke atas Egor Gerasimov dalam pertemuan pertama Jelajah ATP di antara kedua-dua pemain itu.
Evans memenangi 85 peratus daripada keseluruhan matanya melalui servis pertama dan tidak menghadapi sebarang mata break untuk melangkah ke pusingan kedua.
Selepas melalui set pembukaan yang sengit, Kachanov mengatasi Mackenzie McDonald 7-6, 6-3 untuk meneruskan prestasi cemerlangnya sejak awal musim 2022.
Dalam pada itu, Alex Molcan bangkit daripada ketinggalan satu set dan melepasi penentuan tie-break dalam set kedua untuk menewaskan Chirs O'Connell, sekali gus akan bertemu Shapovalov dalam pusingan kedua.