WTA
Terbuka Prague: Mertens tersingkir dalam pusingan pertama
Pemain pilihan ketiga, Elise Mertens, tersingkir dalam pusingan pertama Kejohanan Tenis Terbuka Prague awal pagi tadi.
Mertens, yang beraksi sehingga pusingan keempat Kejohanan Wimbledon awal bulan ini, tewas 3-6, 6-2, 2-6 kepada Magda Linette -- kekalahan pertamanya kepada pemain itu selepas tiga kemenangan 'straight-set' dalam pertemuan sebelumnya.
Pemain Belgium itu hanya dapat menyempurnakan 52 peratus daripada keseluruhan servis pertamanya dan memenangi 38.5 peratas mata melalui servis keduanya sambil hanya dapat meraih satu daripada lima mata break.
Iklan
Pemain pilihan keenam, Alison Van Uytvanck, pula terpaksa menarik diri dalam set pertama perlawanan menentang Dalila Jakupovic manakala pilihan kelapan, Marie Bouzkova, menewaskan Sinja Kraus 6-2, 7-6.
How about that for a put-away? ??? @MagdaLinette overcomes third seed Mertens to advance to the #PragueOpen last 16! pic.twitter.com/sCMed2zhui— wta (@WTA) July 25, 2022
Must-Watch Video