OLAHRAGA

Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Super Series V: Zaidatul Husniah padam rekod 31 tahun milik Shanti Govindasamy

Saufi Tahir 12/10/2024 | 03:53 MYT
Ratu pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, mengucapkan terima kasih buat keluarga yang hadir memberikan sokongan sekali gus menjadi saksi dia memecahkan rekod kebangsaan acara reben biru 100 meter milik Shanti Govindasamy di Kejohanan Olahraga Terbuka Perlis Cahya Mata, sebentar tadi.
Rekod 31 tahun itu akhirnya dinoktahkan hari ini di Stadium Tuanku Syed Putra dengan tangisan air mata Zaidatul selepas melakarkan catatan masa 11.49 saat untuk menutup rekod lama 11.50 saat milik Shanti yang dicipta pada 1993.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, dalam saingan di Pahang menyaksikan dia mengungguli acara 100m dengan catatan masa 11.73 saat manakala ketika saingan di Perak dia menamatkan larian 100 meter dengan catatan masa 12.02 saat.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Olahraga #Zaidatul Husniah #Kejohanan Olahraga Terbuka Perlis Cahya Mata
;