OLAHRAGA
Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Super Series V: Umur bukan penghalang untuk tingkatkan prestasi -- Robert Ballard
Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Super Series V mendapat perhatian Pengarah Teknikal Kejurulatihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard, yang mengiktiraf pencapaian luar biasa atlet kebangsaan di Stadium Tuanku Syed Putra.
Tumpuan tersebut sudah semestinya terarah kepada atlet lontar peluru wanita, Nani Sahirah, dan ratu pecut 100m negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, kerana mempamerkan sensasi apabila berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara masing-masing.
"Satu perkembangan yang baik apabila dapat menyaksikan dua rekod kebangsaan dapat dihasilkan dan saya mengucapkan tahniah kepada Zaidatul Husniah.
Iklan
"Sukan olahraga memerlukan kematangan untuk meningkatkan prestasi dan banyak contoh dapat ditonton di mana atlet yang sudah berusia masih mampu melakukan yang terbaik," katanya kepada Nadi Arena.
Dalam masa sama, Ballard turut mengharapkan destinasi akhir kejohanan yang akan menutup siri jelajah tersebut di Sarawak bakal menampilkan lebih banyak atlet negara melakukan persembahan memukau terutamanya memecahkan rekod kebangsaan.
Must-Watch Video