OLAHRAGA
Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Super Series V: Siri terakhir bakal jadi penentu juara keseluruhan
Berikutan dua pencapaian membanggakan yang dicatatkan oleh dua atlet negara, Nani Sahirah dan Zaidatul Husniah Zulkifli, dalam acara lontar peluru dan 100m wanita, tumpuan bakal terarah di Sarawak yang menjadi destinasi terakhir siri jelajah kejohanan berprestij itu November ini.
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia, Datuk Seri Shahidan Kassim, menzahirkan harapan untuk melihat lebih banyak rekod kebangsaan baru berjaya dilakar pada masa akan datang.
"Kami bersyukur rekod 31 tahun lalu yang dipegang oleh Shanti Govindasamy telah dipecah oleh Zaidatul dan kami menantikan lagi rekod baru bakal dicatatkan oleh atlet negara pada bila-bila masa.
Iklan
"Siri jelajah keenam nanti bakal menjadi penentu siapakah atlet yang mengumpul mata paling banyak seterusnya membawa pulang hadiah lumayan.
"Selain itu, penganjuran berskala besar ini menyaksikan gambaran bahawa kami berjaya mengadakan pertandingan berprestij di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Must-Watch Video