OLAHRAGA

Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Super Series V: Rekod bukan untuk dikekalkan -- Noraseela

Najmi Iman 14/10/2024 | 12:07 MYT
'Rekod perlu diperbaiki bukan untuk dikekalkan' -- Itulah falsafah yang diterapkan oleh Presiden Persatuan Olimpian Malaysia, Noraseela Mohd Khalid, selepas melihat ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, mengukir sejarah memperbaharui rekod kebangsaan acara 100m di Kangar.
"Bagi saya, saya selalu ada falsafah tersendiri di mana rekod sentiasa perlu dipecahkan dan ini sememangnya masa yang sesuai untuk berbuat demikian di mana Zaidatul berjaya lakukan.
"Saya memang berasa bangga dengan pencapaian tersebut," katanya kepada Nadi Arena.
Bagi Noraseela, kejayaan tersebut membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang buat Zaidatul Husniah atau lebih dikenali sebagai Adeq yang terus konsisten terhadap persembahannya sebagai seorang atlet negara.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Jika kita bercakap mengenai sukan tidak kira siapa atau umur, semuanya terletak kepada prestasi seseorang atlet tersebut," tambahnya.
Sebagai rekod, Adeq memperbaharui rekod selama 31 tahun iaitu 11.49s dalam Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Super Series V untuk memadam catatan rekod lama 11.50 saat milik Shanti Govindasamy yang dicipta pada 1993.
#Olahraga #Noraseela Mohd Khalid #Persatuan Olimpian Malaysia #Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Super Series V
;