Antara tumpuan dalam Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Super Series V hari ini adalah apabila atlet lontar peluru kebangsaan, Nani Sahirah Maryata, memecah rekod kebangsaan dengan catatan 15.39 meter bagi mengatasi rekod terdahulu miliknya iaitu 15.22 meter dalam Terbuka Perak 2023.
Kejayaan ini jelas menjadi titik tolak kepada Nani Sahirah untuk terus mencipta rekod baharu dalam penutup Terbuka Sarawak Cahya Mata Sarawak Super Series V.
Sebelum ini, rekod lama kebangsaan sudah pun dilebur Nani dalam Kejohanan Olahraga Grand Final IPT 2022, dengan balingan sejauh 14.48 meter, sekali gus memadam catatan lama kebangsaan iaitu 14.41m yang dilakukan Lee Chiew Har pada 1989.
Bakat terpendam atlet muda tidak diabaikan dalam Terbuka Perlis dan wartawan, Faizal Bazari, sempat berbual dengan beberapa juara acara bawah umur yang bercita-cita besar dalam olahraga..
"Kemenangan hari ini agak dramatik sedikit kerana banyak tukar tempat (pertandingan).
"Gelanggang agak licin ketika saya membuat lontaran pertama dan kedua. Ia agak mengganggu emosi saya.
"Kami tukar venue dalam balingan ketiga dan saya tidak jangka dapat pecahkan rekod sebab baru nak baiki teknik," katanya di Nadi Wekeend sebentar tadi.
Shaiful Shamsudin
Sat Oct 12 2024