OLAHRAGA
Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Siri 5: Tiada jurulatih punca Sadat gagal perbaiki rekod peribadi
Pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2021, Sadat Marzuki, mengakui ketiadaan jurulatih dari China, Gu Yuan sejak Ogos 2023 menjadi antara faktor kegagalan memecah rekod peribadi terbaik miliknya di Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Siri 5.
Tapi dia berharap agar pertimbangan terhadap jurulatih baharu dari Eropah menggantikan jurulatih lamanya.
Sadat mencatat balingan terbaik sejauh 56.96 meter pada percubaan ketiga.
Iklan
"Saya memerlukan jurulatih sepenuh masa bagi membantu saya untuk mempertingkatkan lagi catatan balingan," katanya menerusi Nadi Weekend.
Sementara itu, jaguh lempar cakera kebangsaan, Irfan Shamsuddin, mempunyai misi lebih besar untuk merangkul pingat pada Kejohanan Olahraga Asia yang dijangka berlangsung pada Mei 2025.
Penyertaannya dalam saingan kali ini sebagai pembakar semangat kepada anak muda untuk terus mencatat balingan terbaik dari semasa ke semasa.
Seperti dijangka, Irfan mengungguli acaranya dengan catatan terbaik 52.05m.
Must-Watch Video