Skip to main content

Sukan Lain

Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Siri 5: Fakrul Afizul hampiri gelaran juara keseluruhan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fakhrul-afizul.jpg
Atlet 400 meter lari berpagar lelaki negara, Muhammad Fakrul Afizul Nasir, berjaya menghampiri gelaran juara keseluruhan Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Siri 5 dengan  mencatat masa 53.61 saat. 

Meskipun gagal memperbaharui rekod kebangsaan 51.11s yang diraih pada Sukma Sarawak lalu, namun ia memadai buat atlet dari Kelantan itu dinobatkan sebagai juara.
 
"Selepas berehat tiga minggu selepas tamat Sukma, inilah catatan masa yang dapat dilakukan," katanya kepada wartawan di lokasi, Faizal Bazari.

Fakrul kini mendahului kedudukan carta dengan mengumpul 106 mata, semakin hampir dengan hasrat untuk dinobatkan juara keseluruhan menjelang edisi akhir dan penutup di Sarawak. 

Advertisement

Must Watch Video