Skip to main content

Tenis

Terbuka AS: Perjalanan Jack Draper disekat Andrey Rublev dalam pusingan keempat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jack-draper.jpg
Perjalanan Jack Draper dalam Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) terhenti dalam pusingan keempat awal pagi tadi selepas tewas kepada pemain Russia, Andrey Rublev.

Pemain British nombor empat itu, yang mara ke minggu kedua kejohanan grand slam buat kali pertama sepanjang kariernya, tewas dengan keputusan 3-6, 6-3, 3-6, 4-6 kepada pemain pilihan kelapan berkenaan.

Bagaimanapun, persembahan yang ditampilkan Draper sepanjang minggu ini menggambarkan satu lonjakan positif bagi masa depan cerah buat kariernya, yang sebelum ini dibataskan dengan masalah kecergasan.

Pemain berusia 21 tahun itu mengalami kecederaan jangka panjang tahun ini sehingga rankingnya terkeluar daripada kelompok 100 pemain terbaik dunia biarpun pernah menduduki tangga ke-38 pada awal tahun.

Kecederaan bahu yang dialaminya menyaksikan dia terlepas Kejohanan Wimbledon dan turut berisiko tidak dapat beraksi di Flushing Meadows.

Bagaimanapun, dia mengatasi masalah kecederaan itu dan menjadi satu-satunya wakil British layak ke pusingan 16 edisi kali ini dan memberikan tentangan hebat kepada Rublev sebelum tersingkir.
 

Advertisement

Must Watch Video