Skip to main content

Tenis

Terbuka Perancis: Swiatek bangga atasi rekod Serena

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

iga-swiatek_.jpg
Iga Swiatek berkata ia merupakan sesuatu yang istimewa untuk memiliki rekod tanpa kalah lebih panjang berbanding Serena Williams sambil berjanji akan meningkatkan permainannya ke satu tahap lebih tinggi selepas menjuarai Kejohanan Tenis Terbuka Perancis malam tadi.

Pemain nombor satu dunia itu mudah menewaskan Coco Gauff 6-1, 6-3 di Gelanggang Philippe-Chatrier untuk memenangi gelaran grand slam kedua sepanjang kariernya.

Kemenangan itu juga merupakan yang ke-35 secara berturut-turut buat Swiatek, lebih satu berbanding yang dilakukan Williams pada 2013, dan pemain di ranking utama itu turut layak ke sembilan perlawanan akhir kejohanan Jelajah WTA secara berturut-turut.

Swiatek meluahkan rasa bangganya selepas melakar kejayaan itu dengan berkata: "Ia mungkin kelihatan agak pelik tetapi untuk memiliki kemenangan ke-35 dan melakukan sesuatu yang melangkaui Serena merupakan sesuatu yang istimewa.

"Kerana saya sentiasa mahukan sesuatu rekod seperti itu. Dalam tenis, agak sukar untuk mengatasi Serena, jadi ia amat menggembirakan saya.

"Sudah pasti dengan memenangi grand slam juga tetapi kali ini, ia lebih istimewa kerana saya rasa telah melakukan sesuatu yang orang lain tidak dapat lakukan dan mungkin ia akan meningkat lagi.

"Kali ini, ia benar-benar amat istimewa.," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video