Terbuka Perancis: Ruud terus cipta sejarah tewaskan Cilic untuk ke final

Muzaffar Musa
Jun 4, 2022 10:25 MYT
Casper Ruud bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Marin Cilic dalam separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Perancis awal pagi tadi, sekali gus menempah pertemuan dengan juara 13 kali, Rafael Nadal, bagi penentuan gelaran.
Pemain Norway itu mencipta pelbagai sejarah sepanjang minggu ini, di mana dia menjadi pemain lelaki pertama negaranya layak ke suku akhir satu kejohanan grand slam sebelum dia kemudian melangkah ke separuh akhir dan kini ke final hasil kemenangan 3-6, 6-4, 6-2, 6-2 ke atas Cilic.
Pakar gelanggang tanah liat itu, yang merekodkan paling banyak kemenangan, aksi final dan gelaran dalam Jelajah ATP sepanjang 2020, mempamerkan segala kemahiran yang dimilikinya bagi membuktikan betapa dia layak untuk memberikan tentangan buat idolanya, Rafael Nadal, yang turut digelar 'raja gelanggang tanah liat'.
Perlawanan itu terganggu dalam set ketiga apabila seorang aktivis perubahan iklim mengikat dirinya di jaring tetapi Ruud, yang sudah jauh mendahului dalam set berkenaan, meneruskan fokusnya sehingga ke akhir perlawanan.
Dalam laluan itu, Ruud juga menjadi pemain pertama layak ke pusingan keempat, suku akhir, separuh akhir dan final buat kali pertama dalam tahun yang sama sejak kali terakhir dilakukan pemain Sweden, Robin Soderling, pada 2009 -- sebelum pemain itu tewas kepada Nadal dalam final.
Nadal pula memegang rekod tanpa kalah dalam 13 penampilan final sepanjang penyertaannya.

2010 - Casper #Ruud is the first Scandinavian male player to reach the final at the #RolandGarros since Robin Söderling in 2010, who lost to ... Rafael Nadal. Revenge?#RolandGarros2022 #ruudvscilic pic.twitter.com/Ec2gJOtQa0

— OptaAce (@OptaAce) June 3, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Rafael Nadal #ATP #Tenis #Grand Slam #Casper Ruud #Tenis Terbuka Perancis
;