Skip to main content

Sukan Lain

Terbuka Perancis: Parry singkirkan juara bertahan

diane-parry_h2f9eydcdpus1ualut9fsujhu.jpg
Penyandang juara Terbuka Perancis, Barbora Krejcikova, tersingkir daripada kejohanan tahun ini selepas mengalami kekalahan pusingan pertama kepada Diane Parry.

Pilihan nombor dua itu kelihatan akan beraksi di Court Philippe-Chatrier, mengambil set pertama 6-1, sebelum pemulihan mengagumkan daripada Parry menyaksikan pemain berusia 19 tahun itu mengambil dua set berikutnya 6-2, 6-3.

Parry menjadi pemain di ranking tercorot yang menewaskan pilihan kedua di Roland Garros sejak Arantxa Rus menewaskan Kim Clijsters pada 2011.

Di awal saingan, Krejcikova, kelihatan mengikuti jejak langkah pilihan nombor satu, Iga Swiatek, untuk meraih kemenangan pantas, apabila memenangi 15 mata berturut-turut pada peringkat awal ketika dia mendahului 6-1 2-0.
 

Bagaimanapun, lawannya yang gigih tiba menemui semangat dan mula menghadirkan kesukaran buat bintang Czech itu,memenangi enam permainan berturut-turut pada set kedua sebelum melengkapkan kebangkitan dengan kemenangan 6-3 di set penentuan sekaligus mara ke pusingan berikutnya.

Advertisement

Must Watch Video