Skip to main content

Tenis

Terbuka Perancis: Norrie tersingkir, Djokovic, Alcaraz, Sabalenka teruskan kemaraan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alcaraz.jpg
Tumpuan warga British terhadap Kejohanan Tenis Terbuka Perancis berakhir awal selepas Cameron Norrie tewas mudah kepada Lorenzo Musetti 1-6, 2-6, 4-6 dalam pusingan ketiga awal pagi tadi,

Nocak Djokovic, dalam pada itu, melalui aksi tiga set terpanjang dalam karier grand slamnya sebelum menewaskan Alejandro Davidovich Fokina 7-6, 7-6, 6-2 selepas bertarung selama tiga jam 36 minit.

Carlos Alalcaraz turut meneruskan kemaraan ke pusingan keempat apabila mudah mengatasi Denis Shapovalov 6-1, 6-4, 6-2.

Dalam acara wanita pula, juara Terbuka Australia, Aryna Sabalenka, melangkah ke pusingan keempat buat kali pertama dengan mengatasi Kamilia Rakhimova 6-2, 6-2 tetapi pemain pilihan ketiga, Jessica Pegula, tersingkir selepas kalah 1-6, 3-6 kepada Elise Mertens.
 

Advertisement

Must Watch Video