Skip to main content

Tenis

Terbuka Perancis: Mladenovic singkirkan Muguruza

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mladenovic-050617.jpg
Juara bertahan, Garbine Muguruza, ditunjukkan jalan keluar dalam pusingan keempat saingan Terbuka Perancis apabila tewas di tangan wakil tuan rumah, Kristina Mladenovic, semalam.

Aksi longlai Muguruza membolehkan Mladenovic menewaskan pemain berusia 23 tahun itu 6-1, 3-6, 6-3 dan mara ke suku akhir untuk bertemu pemain berusia 27 tahun dari Switzerland, Timea Bacsinszky.

Selepas tewas set pertama, Muguruza cuba bangkit dan berjaya menyamakan kedudukan dalam set kedua, namun segalanya jelas milik Mladenovic yang sentiasa lebih berhati-hati dalam setiap pukulan.

Ditemani sokongan padu penyokong di gelanggang Suzanne Lenglen, Mladenovic yang beraksi dalam keadaan kecederaan belakangnya masih belum pulih sepenuhnya berjaya menahan asakan Muguruza, terutama dalam set kedua.

Ketika kedudukan 4-2 dalam set ketiga, Mladenovic memberikan isyarat kepada penonton yang kemudian bersorak "Kiki, Kiki, Kiki" sekaligus menaikkan semangat pemain berusia berusia 24 tahun itu untuk terus menamatkan perlawanan dengan penuh bergaya.

Advertisement

Must Watch Video