Skip to main content

Tenis

Terbuka Perancis: Krejkova atasi Sakkari untuk ke final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

barbora-krejcikova.jpg
Barbora Krejcikova mara ke final pertamanya dalam kejohanan grand slam selepas menewaskan Maria Sakkari dalam Kejohanan Tenis Terbuka Perancis awal pagi tadi.

Sakkari -- yang menewaskan juara bertahan, Iga Swiatek, dalam suku akhir -- tidak dapat menemui sebarang mata akhir dan terlepas peluang untuk menjadi pemain wanita Greece pertama layak ke final kejohanan tenis utama.

Pemain nombor 33  dunia, Krejcikova, yang memenangi gelaran di Strasbourg sebelum mempamerkan aksi luar biasanya di Roland Garros, menangani aksi tidak tekalnya untuk meneruskan kemaraan dengan kemenangan 7-5, 4-6, 9-7.

Pemain berusia 25 tahun itu akan berdepan seorang lagi muka baru dalam final kejohanan grand slam, Anastasia Pavlyuchenkova, yang menewaskan Tamara Zidensek dalam satu lagi aksi separuh akhir.

"Saya sentiasa mahu bermain dalam perlawanan seperti ini," kata Krejcikova selepas kemenangannya.

"Ia perlawanan yang mencabar, kedua-dua pemain miliki peluang, kedua-duanya beraksi baik tetapi hanya ada seorang pemenang.

"Jika saya tewas hari ini, saya tetap akan berbangga. Semangat melawan adalah perkara paling penting," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video