Skip to main content

Tenis

Terbuka Perancis: Gelanggang Roland Garros disaran abadikan nama Rafael Nadal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nadal.jpg
Jurulatih Roger Federer menggesa Gelanggang Philippe-Chatrier dinamakan sempena Rafael Nadal selain Real Madrid turut memberi penghormatan kepada legenda Sepanyol itu selepas dia memenangi gelaran Terbuka Perancis ke-14. 

Nadal menghasilkan satu lagi permainan berkelas dunia di Roland Garros ketika menewaskan Casper Ruud 6-3, 6-3, 6-0 untuk melebarkan koleksi kejuaraan grand slam peribadinya kepada ke-22, awal pagi tadi. 

Timbul kebimbangan terhadap perjalanan karier pemain berusia 36 tahun itu yang mungkin terpaksa bersara gara-gara kecederaan kaki, tetapi salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman tersebut berikrar untuk terus berjuang sebaik mengggondol Terbuka Australia dan mengungguli pentas Roland Garros pada tahun yang sama buat julung kalinya. 

'Raja Tanah Liat' itu telah memenangi 112 perlawanan Terbuka Perancis dan hanya kalah tiga kali di gelanggang keramat tersebut. 

Justeru, jurulatih Federer, Ivan Ljubicic, menggesa agar gelanggang di Roland Garros itu dinamakan sempena Nadal.

Dia menciap di Twitter: "Dia memenanginya 14 kali. Tiada perkataan untuk menggambarkan pencapaiannya. Saya tidak fikir Philippe akan berasa keberatan sekiranya gelanggang itu dinamakan sempena Rafael Nadal -- mendirikan tugu semata-mata tidak mencukupi."


 
Kejayaan terbaharu Nadal itu hadir hanya lapan hari selepas peminat Madrid berkenaan menyaksikan pasukan Carlo Ancelotti menewaskan Liverpool untuk dinobatkan sebagai juara Eropah buat kali ke-14.

Los Blancos menyiarkan di media sosial: "Tahniah atas kejayaan bersejarah ini, @RafaelNadal

"Adalah satu penghormatan kerana dapat menikmati kelibat madridista (penyokong Madrid) yang hebat malah mempunyai kalangan ahli kelab kehormat sebagai pemain tenis terbaik sepanjang zaman. Tahniah atas Grand Slam ke-22 anda, Gelaran @rolandgarros ke-14 and, tidak syak lagi ia nombor magis pada 2022."

Advertisement

Must Watch Video