Terbuka Perancis: Gauff tekad balas dendam bertemu Swiatek

Ammar Hakim
Jun 6, 2023 08:44 MYT
Coco Gauff sedang berusaha untuk membalas dendam terhadap Iga Swiatek apabila mereka bertembung di suku akhir Terbuka Perancis.
Gauff mara ke final perseorangan grand slam pertamanya di sini tahun lalu dan dibelasah oleh Swiatek, yang merangkul gelaran Roland Garros kedua.
Dengan rekod pertemuan memihak wakil Poland itu 6-0, dengna Gauff belum memenangi satu set, pemain remaja itu berkata, “Sejujurnya, sejak tahun lalu saya mahu bermain dengannya, terutamanya dalam kejohanan ini.

Go, go Coco ??#RolandGarros pic.twitter.com/Z6d6ZoY4PF

— Roland-Garros (@rolandgarros) June 5, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Tetapi saya memiliki mentaliti, jika anda mahu menjadi yang terbaik, anda perlu menewaskan yang terbaik. Saya juga fikir, jika anda mahu meningkat, anda perlu bermain yang terbaik.
“Saya berasakan perlu meningkatkan lagi tahap permainan. Saya mahu meletakkan cabaran kepada diri saya, berusaha untuk menjadi yang terbaik.
“Saya telah banyak meningkat sejak tahun lalu, begitu juga Swiatek. Saya fikir ia akan menjadi pertempuran yang hebat untuk kami dan juga peminat.”
;