Gauff tidak melepaskan sebarang set dalam laluannya ke separuh akhir di Paris dan Trevisan juga hanya tewas satu set kepada Leylah Fernandez dalam perlawanan terakhir, sekali gus menjadikan pertemuan kedua-dua pemain itu di Gelanggang Philippe-Chatrier sebagai aksi tumpuan.
Kedua-dua pemain tidak dapat mengekalkan penguasaan dalam set pertama, di mana mereka saling bertukar empat mata break sebelum Gauff mula mempamerkan belangnya.
Pemain nombor 23 dunia itu melakukan pukulan ke sudut sukar bagi mengelakkan pukulan kencang Trevisan, yang memperoleh 113 winner sepanjang lima perlawanan pertama kejohanan itu.
Gauff, 18, meraih kemenangan dalam set pertama selepas pukulan terakhir Trevisan terkeluar gelanggang, di mana pemain Amerika Syarikat (AS) itu mempamerkan aksi kemas untuk menyempurnakan empat daripada enam mata break.
Dia kemudian melonggarkan aksi dalam set kedua tetapi masih mampu untuk berada di depan di kedudukan 3-1.
Trevisan, yang menghalami kecederaan pinggul kanan sejak dari awal permainan, gagal mengejar kedudukan untuk Gauff memenangi perlawanan itu selepas pertarungan selama sejam 26 minit.
Menanti Gauff dalam perlawanan akhir adalah pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek.
Taking charge ?#RolandGarros | @CocoGauff pic.twitter.com/W0nWHzlVEM
— Roland-Garros (@rolandgarros) June 2, 2022