WTA

Terbuka Perancis: Coco Gauff, Iga Swiatek teruskan kemaraan

Muzaffar Musa 04/06/2023 | 00:41 MYT
Coco Gauff mempamerkan kebangkitan menewaskan lawan berusia 16 tahun, Mirra Andreeva, untuk layak ke pusingan keempat Kejohanan Tenis Terbuka Perancis awal pagi tadi.
Gauff, 19, terpaksa bangkit daripada ketinggalan satu set sebelum menewaskan pemain remaja Russia itu dengan kemenangan 6-7, 6-1, 6-1.
Dalam pada itu, Iga Swiatek turut layak ke pusingan kempat selepas mempamerkan dominasi ke atas Wang Xinyu dengan kemenangan 6-0, 6-0.
Bagaimanapun, Elena Rybakina terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal kepada kejohanan itu selepas menarik diri berikutan masalah kesihatan.
#WTA #Tenis #Grand Slam #Coco Gauff #Tenis Terbuka Perancis #Iga Swiatek
;