WTA
Terbuka Perancis: Barty kecewa terpaksa tarik diri
Ashleigh Barty menyifatkan penarikan dirinya daripada perlawanan pusingan kedua Kejohanan Tenis Terbuka Perancis ketika menentang Magda Linette awal pagi tadi merupakan sesuatu yang "meruntun hati".
Pemain pilhan utama itu perlu mendapatkan rawatan ketika menewaskan Bernarda Pera dalam perlawanan pertama dua hari lalu gara-gara kecederaan pinggul.
Pemain berusia 25 tahun itu -- yang kembali ke Roland Garros selepas menjulang trofi grand slam pertamanya di Paris pada 2019 -- bertekad untuk "bermain dalam kesakitan sepanjang edisi ini" tetapi kecederaan itu jelas lebih buruk daripada yang dibayangkannya sehingga terpaksa menarik diri sektika ketinggalan 1-6, 2-2 kepada lawan dari Poland itu.
"Ia sesuatu yang meruntun hati," katanya dalam sidang media.
"Maksud saya, kami melalui musim gelanggang tanah liat yang cemerlang dan untuk berada dalam nasib yang tidak berapa baik pada waktu yang tidak sesuai seperti ini dan menghadapi sesuatu yang datang secara tiba-tiba pada hujung minggu lalu dan agak kesentukan masa, ia amat mengecewakan.
"Saya tidak mahu menafikan tiga bulan hebat yang kami lalui sebelum ini, sama seperti kecewanya saya pada ketika ini.
"Kami telah melakukan semuanya. Benar-benar semuanya yang kami mampu untuk memberikan diri saya peluang. Ia keajaiban kecil yang kami dapatkan dalam pusingan pertama.
"Saya hanya mencuba untuk memberikan diri saya peluang dan melihat bagimana keadaannya. Amat jelas, sewaktu latihan, kami ada larangan dan mencuba untuk kekal secergas mungkin dan tidak memburukkannya dalam apa jua cara tetapi dalam perlawanan, ada masanya ia tidak dapat dielakkan.
"Ia semakin buruk hari ini dan pada satu tahap ia menjadi tidak selamat. Walaupun ia amat sukar, ia tetap perlu dilakukan. Sejak daripada perlawanan pertama, saya berperang dengan kesakitan dan ia menjadi semakin buruk," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.