Terbuka Perak Super Series 2: Di Malaysia, sayalah pelari terpantas -- Rizzua Haizad idam berlatih di luar negara


Mei 11, 2024 18:17 MYT
Atlet 110 meter negara, Rizzua Haizad Muhammad, idam menjalani latihan di luar negara untuk memperbaiki catatan masa lariannya menerusi persaingan lebih kompetitif.
Susulan kejayaan memenangi dua edisi Kejohanan Olahraga Siri Super di Johor tempohari dan mengulangi pencapaian tersebut ketika di Perak, Rizzua ternyata berada dalam kelas tersendiri dalam saingan 110m berpagar.
Meluahkan keinginannya untuk berlatih di luar negara, ia bakal menjadi pemangkin untuk terus memperbaiki catatan masanya pada masa akan datang.
"Di Malaysia, saya adalah yang terpantas, jadi saya memerlukan pesaingan untuk mengejar dan memperbaiki catatan masa," katanya ketika ditemui wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Bukan nak cakap saya riak, berlagak, tapi kalau dekat Malaysia ni, memang saya pelari terpantas". Rizzua Haizad idam latihan di luar negara untuk perbaiki catatan masa lariannya menerusi persaingan lebih kompetitif. @ASTROARENA pic.twitter.com/ryTwvne2yg

— Faizal Bazari (@faizalbazario) May 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Olahraga #Rizzua Haizad
;