Atlet 110 meter negara, Rizzua Haizad Muhammad, idam menjalani latihan di luar negara untuk memperbaiki catatan masa lariannya menerusi persaingan lebih kompetitif.

Susulan kejayaan memenangi dua edisi Kejohanan Olahraga Siri Super di Johor tempohari dan mengulangi pencapaian tersebut ketika di Perak, Rizzua ternyata berada dalam kelas tersendiri dalam saingan 110m berpagar.

Meluahkan keinginannya untuk berlatih di luar negara, ia bakal menjadi pemangkin untuk terus memperbaiki catatan masanya pada masa akan datang.

"Di Malaysia, saya adalah yang terpantas, jadi saya memerlukan pesaingan untuk mengejar dan memperbaiki catatan masa," katanya ketika ditemui wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.