OLAHRAGA
Terbuka Perak Cahya Mata Sarawak Super Series II: Nurul Ashikin berjaya kejutkan peserta pilihan, R. Kirthana
Atlet lompat kijang wanita, Nurul Ashikin Abas, berjaya mengejutkan peserta pilihan, R. Kirthana, dengan mencatat lompatan sejauh 13.07 meter dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Perak Cahya Mata Sarawak Super Series II.
Dia ketika di temuramah oleh wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, memaklumkan bahawa dia mendapat motivasi daripada ibu serta jurulatihnya yang mendorong dirinya untuk berjaya memintas peserta pilihan itu.
"Untuk motivasi semestinya ibu saya, saya menelefon ibu saya sebelum mulakan lompatan dan jurulatih saya juga paling banyak bagi motivasi," katanya.
Iklan
Tambahnya, dia menyasarkan pingat emas di Sukan Univesiti Asean (AUG) kerana itu merupakan kejohanan AUG pertama buat dirinya.
"Saya menyasarkan 'gold medal' di AUG kerana ini merupakan tahun pertama untuk saya menyertai kejohanan itu," katanya.
Nurul Ashikin kini masih perlu meneruskan teknik latihan dengan lebih kemas untuk mencapai catatan peribadi terbaiknya, 13.36 meter yang diraihnya di Kejohanan Inter-College di Taiwan minggu lalu.
Must-Watch Video