Skip to main content

Sukan Lain

Terbuka Perak Cahya Mata Sarawak Super Series II: Dalam proses pemulihan punca Kok Sing gagal pamer aksi terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kok-sing.png
Atlet lompat kijang negara, Ng Tak Sing, menjelaskan punca kegagalan dalam mempamerkan prestasi memberangsangkan di Terbuka Perak Cahya Mata Sarawak Super Series II, hari ini.

Atlet kelahiran Pulau Pinang itu hanya mencatat lompatan terbaik 14.64 meter jauh daripada rekod peribadi terbaiknya, 15.63 meter yang diraih di Kejohanan Olahraga Asia B-20  di Dubai sebelum ini.

Bagaimanapun, ia dianggap sebagai wake-up call kepada atlet tersebut yang akan beraksi di kejohanan Olahraga Dunia B-20 yang bakal dilangsungkan di Lima, Peru, dari  27 hingga 31 Ogos ini.

"Saya baru pulang dari Dubai minggu lalu, jadi saya masih dalam proses pemulihan dengan latihan yang asas serta dalam usaha mencari suasana kejohanan.

"Jika keadaan baik saya akan ikuti Terbuka Pahang nanti, buat masa ini untuk kesihatan diri saya dan fokus untuk SUKMA nanti.

"Semua senior adalah pesaing saya dan saya hormati mereka sebagai persaingan." katanya kepada Nadi Arena.
 

Advertisement

Must Watch Video