Irina-Camelia Begu menamatkan penantian lima tahun untuk memenangi kejuaraan dalam Jelajah WTA selepas menewaskan wakil tuan rumah, Lucia Bronszetti, dalam final Kejohanan Tenis Terbuka Palermo awal pagi tadi.
Pemain Romania itu berhasil menjulang trofi kelimanya dalam jelajah berkenaan -- yang pertama sejak memenangi Terbuka Bucharest pada 2017 -- apabila merakamkan kemenangan 6-2, 6-2 selepas bertarung selama sejam dan 33 minit.
Ia merupakan aksi final kesembilan Begu sepanjang kariernya dan pengalaman itu jelas digunakannya untuk mengatasi Bronzetti, yang turun beraksi dalam perlawanan penentuan gelaran pertamanya.
Begu, 31, mematahkan servis lawannya sebanyak enam kali untuk menjadi pemain Romania kedua memenangi gelaran dalam jelajah WTA musim ini selepas Simona Halep bergelar juara di Melbourne pada Januari lalu.

Back in the winners' circle ?@irina_begu | #PLO22 pic.twitter.com/afG9TKiOUP
— wta (@WTA) July 24, 2022