Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah, terus cemerlang mendominasi acara 100 meter Kejohanan Olahraga Terbuka Pahang Cahya Mata Super Series III.
Zaidatul tiada halangan terus ungguli acara reben biru 100 meter wanita dengan catatan 11.73saat diikuti Afrina Batrisya di kedudukan kedua dengan 12.08s manakala Nurul Faizah Asma Mazlan ketiga.
Namun hasrat Muhammad Haiqal Hanafi menyelusuri langkah Zaidatul masih tertangguh apabila sekadar mencatat 10.53s di mana catatan minima ialah 10.44s untuk ke Sukan SEA.
Lebih mengecewakan, Jonathan Nyepa gagal meneruskan larian ekoran false start.
Riak kekecewaan jelas di wajah Jonathan namun bagi Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Robert Ballard, itu adalah pengajaran yang mahal untuk pelari berpengalaman itu.
Pelari 400 meter lelaki negara, Umar Osman, juga menggamit perhatian.
Walaupun berehat selama tujuh bulan, Umar tetap gagal digugat dengan menamatkan saingan menerusi rekod kejohanan baru 47.80s.