OLAHRAGA
Terbuka Pahang Cahya Mata Super Series III: Sadat sedia cabar Jackie Wong
Atlet tukul besi, Sadat Marzuki, menyatakan hasrat sudah bersedia untuk mencabar pemegang rekod 17 kali kebangsaan, Jackie Wong.
Sebagai rekod, Jackie Wong mengungguli carta balingan tukul besi sejauh 68.22m ketika ini namun, Sadat tetap optimis selain meletakkan tempoh selama setahun untuk dia mengejar rekod tersebut.
Sadat melakukan balingan sejauh 54.47m ketika di Olahraga Terbuka Pahang Cahya Mata Sarawak Super Series III, hari ini.
Dia memasang impian untuk mengubah angin daripada seorang pelapis kepada pencabar terbaik buat Jackie, selain kehadiran bekas olimpian, Yunaika Crawford, selaku jurulatih sementara.Atlit tukul besi Sadat Marzuki mahu saingi rekod kebangsaan 68.22meter yang di pegang Jackie Wong. Tuntut setahun untuk berbuat demikian.@ASTROARENA pic.twitter.com/QMH9wleSj9— FinaNasrom (@fnasrom) May 19, 2024
Must-Watch Video