Terbuka Pahang Cahya Mata Super Series III: Nur Irdhiyani belum lega kembali selepas lebih 12 bulan tersisih


Mei 14, 2024 18:05 MYT
Setelah bertarung dengan kecederaan ligamen lutut (ACL) di bahagian lutut kanan, atlet lompat kijang Terengganu, Nur Irdhiyani Zainuddin, menetapkan misi baru untuk dicapainya menjelang Terbuka Pahang Cahya Mata Super Series III, hujung minggu ini.
Jelas Nur Irdhiyani, misinya itu ialah ingin mencapai lompatan sekurang-kurangnya 11 meter dalam kejohanan tersebut.
Atlet Terengganu itu mengalami kecederaan ACL ketika dia sedang menjalani latihan dan jelasnya kehilangan fokus punca utama dia terpaksa melupakan sukan kegemarannya itu buat seketika.
Tambahnya, tempoh pemulihan bagi lutut kanannya itu memakan masa lebih 12 bulan di mana dia terpaksa menjalani beberapa lawatan pemulihan agar dia boleh beraksi kembali.
Syukur, selepas penderitaannya yang lebih dari setahun itu berakhir apabila dia akan beraksi di Pahang 18 hingga 19 Mei ini.
"Di sini (Super Series III) adalah permulaan bagi saya selepas kecederaan yang saya alami.
"Saya mahu cuba mencari semula keyakinan saya dalam acara lompat kijang melalui kejohanan ini," katanya menerusi Wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Nur Irdhiyani mahu menjadikan medan saingan di Stadium Darulmakmur itu sebagai persiapan untuk mmepamerkan prestasi cemerlang dalam Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak Julai depan.
Rekod peribadi terbaiknya adalah 11.64m yang diraih sebelum kecelakaan itu menimpa dirinya tahun lalu.

Atlit-atlit sudah memulai sesi latihan menjelang saingan Kejohanan Terbuka Pahang Cahya Mata Sarawak Super Series III. ?? Saksikan Nadi Arena 7.30 malam ini untuk laporan lanjut!#NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/Gp10IduVFH

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 14, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Terengganu #Olahraga #Nur Irdhiyani #Terbuka Pahang Cahya Mata Super Series III
;