OLAHRAGA
Terbuka Pahang Cahya Mata Super Series III: Andre Anura pilih untuk tidak teruskan saingan akibat cedera
Atlet lompat kijang negara, Andre Anura Anuar, memilih untuk lebih berhati-hati dalam acara lompat jauh di Olahraga Terbuka Pahang Cahya Mata Sarawak Super Series III, hari ini.
Selepas melakukan dua lompatan, atlet yang berasal dari Tenom, Sabah itu memutuskan untuk tidak meneruskan saingan selepas mengalami kesakitan dan tidak mahu sebarang kecederaan berulang.
Andre menegaskan, fokus utamanya adalah untuk memperbaiki catatan kelaykan Sukan SEA walaupun sudah melayakkan diri secara merit.
Menjelang Olahraga Terbuka Malaysia pada Jun dan Sukan Universiti Asean (AUG), di Surabaya, Indonesia pada Julai, Andre yakin mampu memperbaiki catatanya selain meletakkan sasaran 16 meter untuk tahun ini.
"Saya akan teruskan kemaraan untuk melaksanakan hasrat saya melepasi catatan yang ditetapkan ketika kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia dan AUG nanti demi kelayakan Sukan SEA," katanya.
#Olahraga
#Lompat jauh
#Lompat kijang
#Andre Anura Anuar
#Olahraga Terbuka Pahang Cahya Mata Sarawak Super Series III