OLAHRAGA

Terbuka Pahang Cahya Mata Super Series III: Afrina lakar rekod baru acara 200 meter, sasar slot Sukan SEA 2025

Najmi Iman 19/05/2024 | 14:37 MYT
Atlet pelari pecut negara, Afrina Batrisya Mohamad, melakar rekod kejohanan baru dalam acara akhir 200m wanita dengan catatan masa 25.15s di Olahraga Terbuka Pahang Cahya Mata Sarawak Super Series III, hari ini.
Namun, catatan masa itu masih jauh untuk menembusi kelayakan Sukan SEA tetapi pelari muda itu menegaskan bahawa dia tidak mahu tergesa-gesa.
Meskipun ia merupakan penutup yang cemerlang di kejohanan kali ini, pelari berusia 20 tahun itu meletakkan sasaran lebih besar di temasya seterusnya untuk memastikan slot Sukan SEA 2025 menjadi miliknya.
"Secara peribadi, saya mahu lebih fokus ketika Sukma nanti kerana saya berazam untuk memecahkan rekod acara 100m dan 200m," katanya.
#Olahraga #Olahraga Terbuka Pahang Cahya Mata Sarawak Super Series III #Afrina Batrisya Mohamad
;