Terbuka Pahang Cahya Mata Sarawak Super Series III: Umar Osman tidak sabar kembali ke balapan
Mei 16, 2024 20:21 MYT
Tujuh bulan mengharungi situasi sukar rentetan kecederaan pangkal paha buat Umar Osman berada dalam situasi tertekan.
Dia terlepas dua edisi Kejohanan Olahraga Super Series Cahya Mata kerana belum cergas sepenuhnya, namun kebenaran dari Institut Sukan Negara (ISN) adalah saat yang ditunggu-tunggu Umar untuk kembali ke trek buat kali pertama tahun ini.
Umar Osman bakal membuat 'come back' selepas usai harungi episod kecederaan. #Olahraga #NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/gDlxfcMKDB
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ahad ini, pemegang rekod kebangsaan acara 400 meter lelaki ini kembali beraksi.
Dengan catatan kebangsaan 46.09 saat, Umar yakin, dia mampu mendekati catatan itu selepas tujuh bulan berehat.
"Saya sudah tidak sabar untuk kembali berlumba, sebelum ini seronok tengok orang lari tetapi saya sekadar menjadi penonton," kata Umar.
"Jadi saya sangat teruja untuk beraksi dalam kejohanan pertama tahun ini. Mahu melakukan catatan masa yang baik untuk layak beraksi Sukma dan ASEAN Universiti Games. Beraksi dalam Terbuka Pahang ini saya mahu cuba melakukan catatan yang tidak terlalu jauh daripada masa terbaik saya."
Tahun lalu, Umar mencipta sensasi apabila tiga kali memecah rekod kebangsaan meletakkan dia sebagai prospek terbaik pertahan emas Sukan SEA Bangkok tahun depan.