Terbuka AS: Novak Djokovic ke final singkir wakil muda tuan rumah
Muzaffar Musa
September 9, 2023 09:35 MYT
September 9, 2023 09:35 MYT
Pengalaman terbukti menjadi faktor lebih besar berbanding keremajaan apabila Novak Djokovic menumbangkan wakil tuan rumah, Ben Shelton, untuk ke final Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) di New York awal pagi tadi.
Djokovic, 36, mematahkan setiap servis kencang yang dilakukan Shelton, 20, sebelum mencatatkan kemenangan 6-3, 6-2, 7-6 dalam aksi separuh akhir berkenaan.
Kekalahan Shelton juga menyaksikan hasrat AS untuk melihat seorang warganya muncul juara lelaki kejohanan berkenaan akan terus berlanjutan sejak kali terakhir dilakukan Andy Roddick pada 2003.
Novak Djokovic is headed for yet another Grand Slam final. pic.twitter.com/RvwLB8hRue
— US Open Tennis (@usopen) September 8, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jurang pengalaman jelas menjadi pemisah dalam pertemuan kali ini, di mana Djokovic beraksi dalam perlawanan Terbuka AS buat kali ke-100 manakala Shelton pula turun buat aksi ketujuhnya.
Lebih menarik, Shelton menjadi pemain AS paling muda layak ke separuh akhir sejak Michael Chang pada 1992 sambil Djokovic menjadi pemain tertua layak ke peringkat sama sejak Jimmy Connors.
Jaguh Serbia itu turun beraksi dalam separuh akhir grand slam buat kali ke-47 manakala ia merupakan penampilan pertama Shelton di peringkat itu.
Kini, Djokovic hanya dibezakan satu lagi kemenangan untuk menjulang gelaran dalam kejohanan utama buat kali ke-24, sekali gus menjadi pemenang tertua dalam era Terbuka dan mengatasi rekod Ken Rosewall ketika memenangi gelaran itu pada usia 35 tahun pada 1970.
10 US Open finals. Does a 4th title await Novak Djokovic? 2007 2010 2011 ? 2012 2013 2015 ? 2016 2018 ? 2021 2023 ?
— US Open Tennis (@usopen) September 8, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.