TENIS
Terbuka AS: Naomi Osaka dikejutkan pemain sensasi remaja
Hasrat Naomi Osaka untuk mempertahankan Terbuka Amerika Syarikat (AS) berkecai apabila tumbang mengejut kepada pemain sensasi remaja, Leylah Fernandez, 7-5, 6-7 (2-7), 4-6.
Dengan mendahului satu set dan di depan 6-5 dalam set kedua, Osaka berkesempatan untuk mara ke pusingan ketiga sebelum prestasi juara utama empat kali itu mengalami kemerosotan epikhingga mengundang ejekan dari bangku peminat di Stadium Arthur Ashe.
Osaka kebiasaanya bersikap tenang dan santai -- sempat mengundang perhatian berikutan masalah kesihatan mental yang hidapinya hingga menarik diri daripada Terbuka Perancis selain Wimbledon -- tiga kali menghempaskan dalam kekecewaan set kedua itu.
Bintang Jepun itu turut diberi amaran dalam set akhir selepas memukul bola ke arah penonton.
Berbekalkan servis dan pukulan ke garisan belakang yang kencang, Fernandez turut menyempurnakan sembilan servis miliknya di sebalik penguasaan awal Osaka.
Tatkala Osaka berusaha mendapatkan rentak sebenarnya, pencabarnya dari Kanada berusia 18 tahun tersebut kental beraksi untuk meneruskan kemaraan menakjubkannya di New York itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.