Skip to main content

Tenis

Terbuka AS: Murray samai rekod 47 kemenangan Hewitt

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

andy-murray.jpg
Andy Murray menyamai rekod Lleyton Hewitt selepas mencatatkan kemenangan ke-47 dalam Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS), di mana dia menewaskan Francisco Cerundolo dalam pusingan pertama awal pagi tadi.

Selepas 10 tahun sejak kali pertama dia memenangi kejohanan grand slam itu di Flushing Meadows -- di mana dia menewaskan Novak Djokovic dalam aksi final epik hampir lima jam -- Murray kali ini tidak berdepan masalah untuk mengatasi pemain pilihan ke-24, Cerundolo.

Pemain di rangking ke-51 dunia itu hanya memerlukan 24 minit untuk mencatatkan kemenangan 7-5, 6-3, 6-3 di Stadium Louis Amstrong.

Kejayaan itu menyaksikan dia kini sebaris dengan pemain legenda Australia, Hewitt, menduduki tangga kesembilan dalam senarai pemenang terbanyak dalam kejohanan utama di New York itu.

Murray seterusnya akan menghadapi Emilio Nava bagi perebutan tempat ke pusingan ketiga.
 

Advertisement

Must Watch Video