TENIS

Terbuka Monterrey: Fernandez raih kejuaraan sulung

Shaiful Shamsudin 22/03/2021 | 03:21 MYT
Pemain remaja Kanada, Leylah Fernandez, meraikan gelaran Jelajah WTA sulungnya selepas memenangi Kejohanan Tenis Terbuka Monterrey dengan set straight.
Fernandez merakamkan kemenangan selesa 6-1, 6-4 ke atas pemain kelayakan, Viktorija Golubic, sebentar tadi.
Tampil dalam final WTA keduanya selepas dihampakan dalam Terbuka Mexico di Acapulco, tahun lalu, pemain berusia 18 tahun itu memastikan dia dapat merangkul kejuaraan kali ini.
Fernandez tidak pernah tercicir satu set pun sepanjang kejohanan Jelajah WTA ini untuk mengatasi pencabar dari Switzerland itu dalam masa 1 jam setengah.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Tenis #Jelajah WTA #Leylah Fernandez
;