WTA
Terbuka Miami: Swiatek jumpa Gauff dalam pusingan 16
Iga Swiatek dengan bersemangat tinggi mara ke pusingan 16 Kejohanan Tenis Terbuka Miami dan akan mencongak perhitungan dengan Coco Gauff.
Ia merupakan aksi pertama Swiatek sejak memastikan kedudukan nombor satu dunia dalam ranking WTA yang akan dikemaskini tidak lama lagi dan dia membuktikan betapa dia selayaknya berada di kedudukan itu apabila mudah mengatasi Madison Brengle 6-0, 6-3.
Pemain berusia 20 tahun itu hanya memerlukan 25 minit untuk memenangi set pertama, di mana dia merekodkan 12 winner berbanding satu yang dilakukan Brengle.
Brengle mempamerkan aksi lebih baik dalam set kedua tetapi masih belum mampu untuk bersaing dengan Swiatek, yang meneruskan pemburuan memenangi 'Sunshine Double' dengan menjuarai Terbuka Indian Wells dan Terbuka Miami.
Gauff, dalam pada itu, meneruskan kemaraan di laman sendiri selepas menewaskan Zhang Shuai 7-6, 7-6.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.