ATP
Terbuka Miami: Sinner tamatkan rentetan tanpa kalah Alcaraz, jumpa Medvedev dalam final
Jannik Sinner mara ke final Kejohanan Tenis Terbuka Miami apabila menumbangkan pemain nombor satu dunia, Carlos Alcaraz, 6-7, 6-4, 6-2 dalam aksi separuh akhir hari ini.
Sinner, 21, menikmati permulaan tahun 2023 dengan cukup sempurna di mana dia hanya penah tewas tiga perlawanan sejak bermulanya Terbuka Australia -- kepada Stefanos Tsitsipas, Daniil Medvedev dan Alcaraz.
Dia kemudian melunaskan dendamnya ke atas Tsitsipas dengan kemenangan set langsung dalam Terbuka Rotterdam dan dia kini menjadikan Alcaraz sebagai mangsa terbarunya untuk menamatkan rekod tanpa kalah lawan itu sepanjang 10 perlawanan terakhir -- selepas bertarung selama lebih tiga jam.
Kemenangan itu turut memastikan penampilan keduanya dalam aksi final di Miami selepas tewas kepada Hubert Hurkacz pada 2021.
Ia juga menyaksikan Sinner menyertai Rafael Nadal dan Novak Djokovic sebagai pemain yang melayakkan diri ke peringkat final kejohanan itu sebanyak dua kali sebelum berumur 22 tahun.
Sinner kini berpeluang untuk menebus satu-satunya kekalahannya tahun ini apabila Medvedev turut meneruskan laluan ke final dengan menewaskan Karen Kachanov 7-6, 5-3, 6-3.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.