ATP

Terbuka Miami: Sinner juara dalam percubaan final kali ketiga

Stadium Astro
Najmi Iman
01/04/2024
05:55 MYT
Sponsor Banner
Terbuka Miami: Sinner juara dalam percubaan final kali ketiga
Jannik Sinner memenangi gelaran ketiganya musim ini selepas menjuarai Kejohanan Tenis Terbuka Miami awal pagi tadi
Pemain dari Itali itu, yang memenangi Terbuka Australia pada Januari lalu dan disusuli dengan kemenangan di Rotterdam, menunjukkan permainan yang memukau menewaskan Grigor Dimitrov 6-3, 6-1 di Florida.
Kejayaan itu menyaksikan pemain berusia 22 tahun berkenaan menjadi pemain nombor dua dunia yang baru dan menebus kekalahan yang dialaminya dalam final edisi 2021 dan 2023.
Ia juga menjadikan kekalahan kepada Carlos Alcaraz dalam separuh akhir Terbuka India dua minggu lalu sebagai satu-sarunya kekalahannya tahun ini.
"Ia menjadi minggu yang sangat istimewa untuk saya, di mana saya telah berhadapan dengan situasi yang berbeza serta lawan yang berbeza di dalam gelanggang," katanya kepada Sky Sports.
"Tapi saya yakin saya telah menguruskannya dengan baik.
"Saya sangat gembira menjadi pemain nombor dua dunia, walaupun ia sekadar nombor, yang paling penting ialah cuba untuk melaksanakan pelan permainan dan saya sudah lakukan yang terbaik."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video