Skip to main content

Tenis

Terbuka Miami: Rublev mangsa ketajaman Kyrgios

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kyrgios.png
Pilihan kelima, Andrey Rublev, terkandas dalam pusingan kedua Terbuka Miami apabila tunduk straight set kepada pemain tiket khas nombor 102 dunia, Nick Kyrgios, pagi tadi. 

Pemain Australia itu menang 6-3, 6-0 dalam masa 52 minit untuk menempah pertemuan pusingan ketiga dengan Fabio Fognini dari Itali yang menang ke atas Taro Daniel dari Jepun dalam pertarungan tiga set. 

Ia kejutan ketiga Kyrgios ke atas lawan di ranking 10 terbaik dunia sejak dua kejohanan lalu selepas mengatasi Casper Ruud dan Jannik Sinner dalam Terbuka Indian Wells awal bulan ini.

 

Rublev yang memenangi gelaran di Marseille dan Dubai awal musim ini langsung sukar memberi tentangan kepada Kyrgios yang mencipta ace 10-5 selain peratusan kejayaan servis pertama setinggi 80 peratus.

“Saya sedar bahawa dia seorang pemain yang bergantung kepada sedikit rentak, jadi saya hanya cuba mengekalkan jurang mata dan terus mengekorinya, saya hanya perlu agresif,” kata Kyrgios selepas perlawanan itu. 

"Saya hanya gembira dengan prestasi saya, tidak kira kalau menang dengan 7-6 dalam set ketiga sekalipun, saya tetap gembira atas kejayaan ini."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video