Skip to main content

Tenis

Terbuka Miami: Osaka mara percuma ke pusingan keempat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

naomi-osaka_1.jpg
Naomi Osaka mara percuma ke pusingan keempat Kejohanan Tenis Terbuka Miami selepas Karolina Muchova terpaksa menarik diri hari ini.

Bekas pemain nombor satu dunia itu melewati laluan mudah dan menang secara set langsung menjelang perlawanan hari ini dan laluannya semakin mudah apabila Muchova dilaporkan mengalami kecederaan abdomen selepas bertarung hampir lima jam dalam dua perlawanan pertama.

Sebelum ini, Muchova juga terpaksa berehat sepanjang tujuh bulan lalu gara-gara kecederaan, di mana dia terlepas Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat 2021 dan Terbuka Australia tahun ini.

"Saya sedih kerana tidak dapat bertarung dengan Naomi hari ini," kata Muchova dalam satu ciapan twitter.

"Selepas lama bercuti daripada sukan tenis, dua perlawanan sukar berturut-turut terlalu berat buat tubuh saya dan saya memerlukan waktu lebih lama untuk memulihkan diri."

Osaka seterusnya akan berdepan Alison Riske -- yang menewaskan Ann Li 6-2, 3-6, 6-3 -- dalam pusingan keempat.
 

Advertisement

Must Watch Video