ATP
Terbuka Mexico: Nadal cipta rekod terbaik ketika tewaskan Kozlov
Rafael Nadal mengesahkan kemenangan ke-12 berturut-turut sepanjang musim ini selepas menewaskan Stefan Kovlov dalam Kejohanan Tenis Terbuka Mexico semalam.
Rekod 12-0 yang dilakukan Nadal pada permulaan tahun ini merupakan yang terbaik sepanjang karier gemilangnya dan dia tidak berdepan sebarang masalah untuk menang 6-0, 6-3 ke atas lawan dari Amerika Syarikat itu untuk melangkah ke suku akhir di Acapulco.
Seterusnya, juara terbuka Australia itu akan menentang Tommy Paul -- yang menewaskan Dusan Lajovic 7-6, 2-6, 7-5 -- bagi penentuan ke separuh akhir hari ini.
"Ia perlawanan yang agak aneh," kata Nadal selepas kemenangan itu.
"Kovlov mempunyai gaya permainan yang berbeza berbanding pemain lain, jadi anda perlu berhati-hati.
"Adakala anda boleh memenangi mata berturut-turut tetapi apabila anda mula bermain dengan rentaknya, ia akan menjadi amat sukar kerana dia hebat dalam mengawal permainan dari garisan belakang dan amat bijak."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.