Skip to main content

Tenis

Terbuka AS: Medvedev tidak tertekan selaku juara bertahan, lepasi pusingan pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

daniil-medvedev.jpg
Daniil Medvedev berkata dia tidak berdepan sebarang "tekanan tambahan" selaku juara bertahan Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas meraih kemenangan mudah 6-2, 6-4, 6-0 ke atas Stefan Kozlov dalam pusingan pertama hari ini.

Pemain Russia itu memenangi gelaran grand slam pertamanya musim lalu dengan menewaskan Novak Djokovic dalam aksi final di Flushing Meadows dan dia memulakan misi mempertahankan kejuaraan itu dengan cukup bergaya di Stadium Arthur Ashe.

Pemain nombor satu dunia itu mematahkan servis Kozlov sebanyak lapan kali, di mana dia meriah 37 winner dan melakukan 19 faul berganda.

Pemain pilihan utama itu berkata dia tidak berasa sebarang tekanan tambahan sebagai pemenang gelaran grand slam itu musim lalu.

"Ada sedikit tekanan tambahan tetapi sejujurnya, saya agak tidak berasakannnya.

"Mungkin satu-satunya tekanan yang akan saya rasai adalah jika saya tidak bermain dengan bagus di sini atau apa-apa alasan lain... Saya tidak kisah saya memenanginya musim lalu, saya cuma akan kecewa jika edisi kali ini tidak berjalan seperti yang saya mahukan," katanya.

Medvedev seterusnya akan berdepan Arthur Rinderknech dalam pusingan kedua selepas pemain Perancis itu menewaskan rakan senegaranya, Quentin Halys, dalam aksi empat set.
 

Advertisement

Must Watch Video